Thursday, November 5, 2009


Pada 30hb Oktober hingga 1 November 2009, Majlis Pengakap Daerah Sri Aman bersama dengan Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman telah menganjurkan satu perkhemahan Pengakap Kanak-kanak Daerah Sri Aman 2009. Sebanyak 18 buah sekolah rendah di daerah sri aman telah menghantar kontinjen mereka yang terdiri daripada 10 PKK dari sekolah masing-masing bersama-sama dengan hampir 40 orang pemimpin pengakap dewasa yang terdiri daripada para guru.
Antara lain objektif perkhemahan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada PKK di daerah sri aman berkumpul dan bertukar-tukar maklumat, pandangan serta kebolahan dalam aktiviti kepengakapan disamping mengeratkan lagi silaturahim di kalangan PKK dan pemimpin PKK yang terdiri daripada berbilang kaum selaras dengan agenda semasa kerajaan iaitu merapatkan semua kaum selaras dengan slogam 1 Malaysia. (onemalaysia). Sambutan adalah amat menggalakkan dan banyak aktiviti ala pengakap telah diadakan dengan jayanya dan PKK sangat seronok sepanjang 3 hari 2 malam tersebut. Antara aktiviti yang menarik seperti kembara berkumpulan ke kpg.Muhibbah, ikhtiar hidup iaitu masak ala rimba dengan banyak resipi baru diketengahkan hasil kreativiti PKK seperti pansuh ayam sup bunyut dan lain-lain lagi. Sistem berpangkalan pula telah banyak memberi peluang kepada semua PKK tentang kemahiran sebenar berpengakap.Kem Komandan iaitu saudara lawrence amat berpuashati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh para pemimpin yang amat berkebolahan dan cukup kreatif. akhir sekali jk pengelola yang diketuai oleh tn.hj.Abdul Rahman selaku pesuruhjaya kawasan ingin mengucapkan ribuan terimakasih dan syabas kepada semua yang terlibat.

Wednesday, November 4, 2009

Salam Pengakap

Terimakasih kepada anda kerana sudi melayari blog saya. Blog ini saya sediakan sebagai tapak perkongsian dengan semua ahli pengakap baik pemimpin mahupun budak pengakap sekitar sri aman khasnya. Tujuan adalah untuk perkongsian maklumat kepengakapan untuk faedah bersama. Saya mengalu-alukan semua pemimpin pengakap yang ada di sri aman untuk upload apa sahaja bahan dan cerita bergambar. sama-samalah kita ceriakan tapak ini.

sekian. Salam Berpengakapan